Tuesday, 14 February 2012

Dunia kita berbeza..

Assalamualaikum,

Panas betul harini kan,tapi naseb baik ada angin-angin yang bertiup mem'balance'kan rase panas tu.Tapi tak dinafikan,dunia sekarang makin panas disebabkan faktor seperti lapisan ozon yang semakin menipis dan juga mungkin peringatan Dia terhadap hambaNya tentang panasnye lagi tempat pembakaran di mana bahan bakarnya adelah orang yang tidak beriman dan berdosa(Allahumma ajirna minannar).

Hmmm,tetibe harini rase nak berkongsi ngn kengkawan sume tentang satu tajuk iaitu mengenai perbezaan antara individu.Kebiasaannya isu ni berlaku di kalangan pasangan kekaseh,suami isteri, ataupun dalam meeting yang berlaku banyak argument untuk mencapai satu kata sepakat untuk kebaikan.Perbezaan,hmmmm.Sebenarnya,perkara ni,Allah s.w.t sendiri telah berfirman"Telah aku jadikan manusia itu lelaki dan perempuan,berbeza warna kulit,berbeza bangsa untuk mereka saling berkenal-kenalan'.Kalau kita perhatikan dan bertafakur sesaat,perbezaan ni mempunyai hikmah.Yelah,kot tak,takkan Allah nak state kan dalam Al-Quran,sedangkan Dia sendiri pun berfirman,"Aku takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia" kan.Kita dapat tengok,hikmah yg 1st skali la kan,tentulah,Allah itu Maha Kreatif dan Inovatif.Kengkawan leh bayangkan tak,macam mana Dia boleh cipta manusia yang berbillion-billion kat atas planet bumi ni boleh ade muka yang tersendiri,cap jari tersendiri tanpa ada yang same pun.Kite boleh kenal sape Ah Chong,sape Abu,sape Britney Spears,sape Nabil Ahmad.kan3,ajaib dan kreatifnye Dia kan.Tu baru satu hikmahnye,kite boleh sedar,betapa kecilnye,betapa terbatasnya kekreatifan kite.
Itu dari segi rupa paras fizikal.Kalau dari segi perangai,kot ade berbillion-billion manusia,berbillion-billionlah perangai,Barrack Obama ngn perangai die,Safee Sali ngn perangai die tersendiri.Ape hikmahDia jadikan sume ni.Kalau ikutkan,memang,banyak rahsia-rahsia Dia yang masih belom kite boleh rungkaikan.

Ok,kite pergi lagi spesifik dan mendalam,kalau dalam berpasangan,memang ada pasangan yang mempunyai citarasa yang sama,kegemaran yang sama,saya tak nafikan.Tapi yang kes pasangannya jaoh berbeza,kanda kutub utara satu kutub selatan la bak kata lagu kanda adinda.Ha,macam mana??memang pening kan.ade jugak orang akan bercakap,"alah,tak lame la tu,nanti 'break' la,tak caye kite bet,perangai masing-masing jaoh bezanye,mcm mane nak bersame".Mulut orang bang,tapi hakikat sebenarnya kita tak tau.

Kalau tanya pendapat saya la kan,saya rase ok je kalau pasangan tu berbeza dari ape segi pun.Lagi mencabar and adventurous pe.Sebabnye,bile banyak bende berbeza,takdelah dunia pasangan tu terasa boring,asyik same je,sorang cakap A,A jugakla yang diturutkan sorang lagi.Ye,memang tak dinafikan,memang akan selalu ade perbalahan.Tapi kan,jika dah diikat dengan satu ikatan yang utuh,ikatan kaseh sayang yang tak berbelah bahagi(pergghhhh,ayat),takkan jadi regang,bahkan jadi makin rapat.Jadi makin ingin berusaha untuk memahami,even slalu jugak fail kan.Bile ade usaha ni la,menjadikan sesuaatu hubungan itu lagi menarik dan tak jemu.Yelah,macam teori cas elektrik la,cas berlainan positif ngaan negatif mesti akan berjaya menyalakan torchlight,lampu,kipas kan.Kot same casnye,tekan remote control nak tuka channel sampai bila-bila pun tak tertukar channel tu betul tak?

Camtulah,sedikit pendapat dari aku mengenai perbezaan syang terdapat sesama individu ni.Masing-masing ada pendapat masing-masingkan,korang kongsila dengan aku,nak jugak tau.
Ape pun,sume bende tu Dia takkan jadikan dengan sia-sia,mesti ade hikmah dan kebaikannya.Yang dapat pabakal isteri yang jaoh beza ngan korang,janganlah berputus asa,Allah tau pe yang terbaik untuk kita.Ameklah pendekatan saling memahami,give and take,huhu.
Ok lah,lapo,nak g makan,aku memang kuat makan,hahaha.Ok,assalamualaikum!

-Pasti ada kebaikannya-

No comments:

Post a Comment