Tuesday, 14 February 2012

Dunia kita berbeza..

Assalamualaikum,

Panas betul harini kan,tapi naseb baik ada angin-angin yang bertiup mem'balance'kan rase panas tu.Tapi tak dinafikan,dunia sekarang makin panas disebabkan faktor seperti lapisan ozon yang semakin menipis dan juga mungkin peringatan Dia terhadap hambaNya tentang panasnye lagi tempat pembakaran di mana bahan bakarnya adelah orang yang tidak beriman dan berdosa(Allahumma ajirna minannar).

Hmmm,tetibe harini rase nak berkongsi ngn kengkawan sume tentang satu tajuk iaitu mengenai perbezaan antara individu.Kebiasaannya isu ni berlaku di kalangan pasangan kekaseh,suami isteri, ataupun dalam meeting yang berlaku banyak argument untuk mencapai satu kata sepakat untuk kebaikan.Perbezaan,hmmmm.Sebenarnya,perkara ni,Allah s.w.t sendiri telah berfirman"Telah aku jadikan manusia itu lelaki dan perempuan,berbeza warna kulit,berbeza bangsa untuk mereka saling berkenal-kenalan'.Kalau kita perhatikan dan bertafakur sesaat,perbezaan ni mempunyai hikmah.Yelah,kot tak,takkan Allah nak state kan dalam Al-Quran,sedangkan Dia sendiri pun berfirman,"Aku takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia" kan.Kita dapat tengok,hikmah yg 1st skali la kan,tentulah,Allah itu Maha Kreatif dan Inovatif.Kengkawan leh bayangkan tak,macam mana Dia boleh cipta manusia yang berbillion-billion kat atas planet bumi ni boleh ade muka yang tersendiri,cap jari tersendiri tanpa ada yang same pun.Kite boleh kenal sape Ah Chong,sape Abu,sape Britney Spears,sape Nabil Ahmad.kan3,ajaib dan kreatifnye Dia kan.Tu baru satu hikmahnye,kite boleh sedar,betapa kecilnye,betapa terbatasnya kekreatifan kite.
Itu dari segi rupa paras fizikal.Kalau dari segi perangai,kot ade berbillion-billion manusia,berbillion-billionlah perangai,Barrack Obama ngn perangai die,Safee Sali ngn perangai die tersendiri.Ape hikmahDia jadikan sume ni.Kalau ikutkan,memang,banyak rahsia-rahsia Dia yang masih belom kite boleh rungkaikan.

Ok,kite pergi lagi spesifik dan mendalam,kalau dalam berpasangan,memang ada pasangan yang mempunyai citarasa yang sama,kegemaran yang sama,saya tak nafikan.Tapi yang kes pasangannya jaoh berbeza,kanda kutub utara satu kutub selatan la bak kata lagu kanda adinda.Ha,macam mana??memang pening kan.ade jugak orang akan bercakap,"alah,tak lame la tu,nanti 'break' la,tak caye kite bet,perangai masing-masing jaoh bezanye,mcm mane nak bersame".Mulut orang bang,tapi hakikat sebenarnya kita tak tau.

Kalau tanya pendapat saya la kan,saya rase ok je kalau pasangan tu berbeza dari ape segi pun.Lagi mencabar and adventurous pe.Sebabnye,bile banyak bende berbeza,takdelah dunia pasangan tu terasa boring,asyik same je,sorang cakap A,A jugakla yang diturutkan sorang lagi.Ye,memang tak dinafikan,memang akan selalu ade perbalahan.Tapi kan,jika dah diikat dengan satu ikatan yang utuh,ikatan kaseh sayang yang tak berbelah bahagi(pergghhhh,ayat),takkan jadi regang,bahkan jadi makin rapat.Jadi makin ingin berusaha untuk memahami,even slalu jugak fail kan.Bile ade usaha ni la,menjadikan sesuaatu hubungan itu lagi menarik dan tak jemu.Yelah,macam teori cas elektrik la,cas berlainan positif ngaan negatif mesti akan berjaya menyalakan torchlight,lampu,kipas kan.Kot same casnye,tekan remote control nak tuka channel sampai bila-bila pun tak tertukar channel tu betul tak?

Camtulah,sedikit pendapat dari aku mengenai perbezaan syang terdapat sesama individu ni.Masing-masing ada pendapat masing-masingkan,korang kongsila dengan aku,nak jugak tau.
Ape pun,sume bende tu Dia takkan jadikan dengan sia-sia,mesti ade hikmah dan kebaikannya.Yang dapat pabakal isteri yang jaoh beza ngan korang,janganlah berputus asa,Allah tau pe yang terbaik untuk kita.Ameklah pendekatan saling memahami,give and take,huhu.
Ok lah,lapo,nak g makan,aku memang kuat makan,hahaha.Ok,assalamualaikum!

-Pasti ada kebaikannya-

Monday, 13 February 2012

Psychopathic Symptoms

Mesti korg takot ngn tajuk ni kan?aku pun takot jugak sebenarnya nak wat post pasal ni.Takot org cakap aku ni psycho pulak.Tapi dah blog ni berkisar tentang kehidupan kan,maka kita kene jugak tau apa penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kegagalan dan berputus asa menjalani hidup.Antara penyakit tu ialah psychopathic(sakit jiwa).
Kat sini aku senaraikan simptom-simptom psychopathic ni.Yelah,mane tau,kot jumpe orang yang ade simptom ni,bolehla kite bersedia kan.(Tah-tah diri kita sendiri ke ada simptom tu,haaaa,taktau taktau).


1. Considerable superficial charm and average or above average intelligence.
2. Absence of delusions and other signs of irrational thinking
3. Absence of anxiety or other “neurotic” symptoms considerable poise, calmness, and verbal facility.
4. Unreliability, disregard for obligations no sense of responsibility, in matters of little and great import.
5.Untruthfulness and insincerity
7. Antisocial behavior which is inadequately motivated and poorly planned, seeming to stem from an inexplicable impulsiveness.
7.Inadequately motivated antisocial behavior
8.Poor judgment and failure to learn from experience
9. Pathological egocentricity. Total self-centeredness incapacity for real love and attachment.
10. General poverty ot deep and lasting emotions.
11. Lack of any true insight, inability to see oneself as others do.
12. Ingratitude for any special considerations, kindness, and trust.
13. Fantastic and objectionable behavior, after drinking and sometimes even when not drinking–vulgarity, rudeness, quick mood shifts, pranks.
14. No history of genuine suicide attempts.
15. An impersonal, trivial, and poorly integrated seX life.
16. Failure to have a life plan and to live in any ordered way, unless it be one promoting self-defeat.

Keperluan vs Kehendak

Ade je bende yang nak dipost kan.Maklumlah orang tengah cuti dah takde bende sangat nak dibuat.Termenung pandang syiling je la.
Ok,post ni berkisar tentang Keperluan vs Kehendak.Memang post ni bertujuan untuk berkongsi maklumat mcm mana strategi kite nak berjimat-cermat memandangkan pada masa kini harga-harga barang sume macam nak mati mahalnye.Salah satu strategi dia ni lah,mengenalpasti apa tu berbelanja mengikut keperluan dan apa itu berbelanja mengikut kehendak.
Dalam berbelanja,kita perlu sedar bahawa bajet kita mestilah mengikut kemampuan pendapatan.Ada org yg berpendapatan rendah,ada yg tinggi.Berbeza dan depends mengikut individu itu sendiri.
Keperluan tu ialah sesuatu yang kita wajib kene ada dan tak boleh hidop kalau takde.Contohnya makanan,tempat tinggal,pakaian,kereta,handphone dan komputer.
Manakala kehendak itu adalah sesuatu yg kita inginkan tapi tak semestinya kene ade.
Kita bagi contoh yg senang la.As a student,ape yg wajib kene ade eh?Ok,laptop/PC,betol!Laptop ialah sutau keperluan yg lazim bagi seorg yg bergelar student.Kalau takde laptop/PC,maknanya keje kite akan terbengkalai dan terencat,nak wat esaimen,FYP,nak surfing internet untuk tgk info-info terkini mengenai kelas dan universiti.Penting tu.Memang itu dikategorikan sebagai satu keperluan dan wajib di'listing'kan dalam bajet.Tapi laptop/PC macam mana yg kita nak guna?adakah berbaloi beli netbook je yg memang sedia maklum functionnye amat terhad,RAM pun kecik,skrin pun kecik.Tapi ringan dan portable,mudah nak dibawa ke mana-mana.Harga pun murah,sekitar RM899++ camtula kan harga standard dia.
Ni ha netbook,kecik dan comel je.Sumber gambar:Google
Tapi netbook boleh wat ape je bai??mane boleh men game 'Assasin Creed' gune netbook,memang kompem install boleh,na bukak tak buleh,system requirement doesnt exceed the minimum tulisnye bila nak run game tu.(aku pakai netbook,aku dah cuba install game tu memang tak buleh main,maaflah,aku buta IT,ingatkan boleh je main sume game).Ha,kat sini la akan timbul 1001 konflik dalaman yang akan menyebabkan dahi kita penuh dengan keringat sebab berfikir sambil menimbangkan baik buruk untuk membeli laptop/PC ni.Kat sinilah pentingnya kita mengambil kira,berapa bajet yang kita ade,kemudian ingat balik,tujuan asal nak beli laptop ni untuk ape,adakah main game tu satu keperluan?boleh ke mati kalau tak main game?(aku tau dalam hati korg mesti jawab ye T__T).Kalau ingin berbelanja dengan bijak dan berjimat-cermat,kita amek je la netbook tu,asal objektif asal kita untuk wat keje,esaimen Universiti tercapai dan boleh dilaksanakan,Tangguhkanla dulu beli laptop/PC yang power-power ni kan.Netbook pun leh men game jgk pe,aku main 'Plant vs Zombie' selamber je,takde lag pun,kehkehkeh(apela,plant vs zombie kot gune komputer yg pakai disket gedabak tu pun leh men jugak,bengong).
Best ape game ni,aku suke dengar bunyi cendawan tu menembak.Sumber :Abang Google

Maka,itulah sedikit sebanyak yang ingin saya kongsikan sebagai panduan untuk kita sume dalam berjimat-cermat.Dalam agama kita,Islam sendiri pun menganjurkan amalan berjimat-cermat dan jangan membazir.Kita juga ditegah supaya jangan menjadi golongan yang melampaui batas.Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah sedare-mare syaiton.Kita sume tau kan bende ni.Tapi tu la,memang bercakap senang,nak praktikkannye tu Ya Allah susah la amat termasuk la saya sendiri.Moga-moga perkongsian ini dapat menyedarkan kita sume dan membuka minda kita untuk berfikir sejenak tentang keburukan membazir dan membeli-belah dengan sewenang-wenangnye.Akhir kata,majulah sukan untuk negare.Assalamualaikum!

Sumber maklumat : Buku "POWER!!Pengurusan wang ringgit anda"(AKPK)
                          

P/S:Bagila komen sikit,den budak baru belajar nak menulih-nulih blog ni,den hontam yo,kot salah togur ok kengkawan sume=)

Dunia Ini Tidak Kejam

Selalu mendengar keluhan-keluhan manusia di sana-sini yang kecewa dengan kehidupan dengan menjerit,berkata-kata sambil teresak-esak menangis dan dengan pelbagai cara lagi ayat ni,"Dunia ni kejam tau tak!!".
Emmm,mungkin ada betul jugak ayat tu.Tapi,rasanya dunia ni tak pernah berbuat kejam pada manusia.Apa yang aku faham,dunia yang dimaksudkan tu adalah kehidupan atau lebih tepat cara hidup seseorang tu sendiri.Sebenarnya kita sendirilah yang berbuat kejam dan menzalimi kita sendiri."Gila pe nak kejam ngan diri sendiri??!".Tau pun.Tapi itulah perkara yang kita seringkali terlepas pandang.Kalau cara hidup seseorang tu teruk dlm erti kata senang dan kasarnya sucks!,maka secara langsung dan tak langsungnye ia akan mempengaruhi seluruh acara kehidupan kita,perasaan kita dan hati kita.
Contoh la, kita punye style hidop as lelaki,suke pasang pompuan 2,3,4 ataupun 50(Buaya GILE),tapi sampai satu time tu kita pun ditakdirkan tersangkut ngn sorg pmpuan ni, hadir perasaan kaseh yang amat dalam serta puitis(???).Bak kata dialog dalam cite three idiots,Amer Khan(Rancho):"Bila kita jatuh cinta,angin akan bertiup lembut menerbangkan rambut kita,bulan yang patutnye bulan sabit tiba-tiba jadi bulan penuh".Ha, sgt mendalam cinta sampai camtu skali.Kite pun g la approach sang wanita pujaan hati tu.Pendekkan cerita,pompuan tu pun reject kite,sume sebab dia tau kita ni playboy besar punye.Kan dah,dah la datang cinta paling mendalam sampai angin bertiup lembut bagai la,last-last camtu je kene reject.Kan sakit jiwa tu.Maka akan terlafaz la kata-kata hikmat "Oh,kejamnya dunia".Padahal yang kejam sebenarnye kite.Itulah contoh simple.Banyak lagi bende lain yang boleh dikaitkan dgn ayat "Dunia ni kejam".Macam bile exam kite fail or lulus cukup makan je,kite sendiri la kejam,sape suruh taknak study betul-betul,sape suruh leka men game facebook(aku pun 2x5 je).
Maka,kesimpulannya di sini,hakikatnya kita sendirilah yang menzalimi diri kita,kejam terhadap diri kita sendiri.Sebab tu Dia Yang Maha Pengampun ajar kita berdoa"Robbana zolamna anfusana..".Kita yang sebenarnya kejam terhadap dunia.Kesian kat dunia,hmmmmmmm.Wa min Allah at-Taufiq.

P/S : Sekadar coretan testing untuk post pertama.Memang ngarut pun post ni,aku akui sendiri,korg takpayah la nak mongak ngn den,jujur yo,kehkehkeh.:)