Ok,post ni berkisar tentang Keperluan vs Kehendak.Memang post ni bertujuan untuk berkongsi maklumat mcm mana strategi kite nak berjimat-cermat memandangkan pada masa kini harga-harga barang sume macam nak mati mahalnye.Salah satu strategi dia ni lah,mengenalpasti apa tu berbelanja mengikut keperluan dan apa itu berbelanja mengikut kehendak.
Dalam berbelanja,kita perlu sedar bahawa bajet kita mestilah mengikut kemampuan pendapatan.Ada org yg berpendapatan rendah,ada yg tinggi.Berbeza dan depends mengikut individu itu sendiri.
Keperluan tu ialah sesuatu yang kita wajib kene ada dan tak boleh hidop kalau takde.Contohnya makanan,tempat tinggal,pakaian,kereta,handphone dan komputer.
Manakala kehendak itu adalah sesuatu yg kita inginkan tapi tak semestinya kene ade.
Kita bagi contoh yg senang la.As a student,ape yg wajib kene ade eh?Ok,laptop/PC,betol!Laptop ialah sutau keperluan yg lazim bagi seorg yg bergelar student.Kalau takde laptop/PC,maknanya keje kite akan terbengkalai dan terencat,nak wat esaimen,FYP,nak surfing internet untuk tgk info-info terkini mengenai kelas dan universiti.Penting tu.Memang itu dikategorikan sebagai satu keperluan dan wajib di'listing'kan dalam bajet.Tapi laptop/PC macam mana yg kita nak guna?adakah berbaloi beli netbook je yg memang sedia maklum functionnye amat terhad,RAM pun kecik,skrin pun kecik.Tapi ringan dan portable,mudah nak dibawa ke mana-mana.Harga pun murah,sekitar RM899++ camtula kan harga standard dia.
Tapi netbook boleh wat ape je bai??mane boleh men game 'Assasin Creed' gune netbook,memang kompem install boleh,na bukak tak buleh,system requirement doesnt exceed the minimum tulisnye bila nak run game tu.(aku pakai netbook,aku dah cuba install game tu memang tak buleh main,maaflah,aku buta IT,ingatkan boleh je main sume game).Ha,kat sini la akan timbul 1001 konflik dalaman yang akan menyebabkan dahi kita penuh dengan keringat sebab berfikir sambil menimbangkan baik buruk untuk membeli laptop/PC ni.Kat sinilah pentingnya kita mengambil kira,berapa bajet yang kita ade,kemudian ingat balik,tujuan asal nak beli laptop ni untuk ape,adakah main game tu satu keperluan?boleh ke mati kalau tak main game?(aku tau dalam hati korg mesti jawab ye T__T).Kalau ingin berbelanja dengan bijak dan berjimat-cermat,kita amek je la netbook tu,asal objektif asal kita untuk wat keje,esaimen Universiti tercapai dan boleh dilaksanakan,Tangguhkanla dulu beli laptop/PC yang power-power ni kan.Netbook pun leh men game jgk pe,aku main 'Plant vs Zombie' selamber je,takde lag pun,kehkehkeh(apela,plant vs zombie kot gune komputer yg pakai disket gedabak tu pun leh men jugak,bengong).
![]() |
Ni ha netbook,kecik dan comel je.Sumber gambar:Google |
![]() |
Best ape game ni,aku suke dengar bunyi cendawan tu menembak.Sumber :Abang Google |
Maka,itulah sedikit sebanyak yang ingin saya kongsikan sebagai panduan untuk kita sume dalam berjimat-cermat.Dalam agama kita,Islam sendiri pun menganjurkan amalan berjimat-cermat dan jangan membazir.Kita juga ditegah supaya jangan menjadi golongan yang melampaui batas.Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah sedare-mare syaiton.Kita sume tau kan bende ni.Tapi tu la,memang bercakap senang,nak praktikkannye tu Ya Allah susah la amat termasuk la saya sendiri.Moga-moga perkongsian ini dapat menyedarkan kita sume dan membuka minda kita untuk berfikir sejenak tentang keburukan membazir dan membeli-belah dengan sewenang-wenangnye.Akhir kata,majulah sukan untuk negare.Assalamualaikum!
Sumber maklumat : Buku "POWER!!Pengurusan wang ringgit anda"(AKPK)
P/S:Bagila komen sikit,den budak baru belajar nak menulih-nulih blog ni,den hontam yo,kot salah togur ok kengkawan sume=)
No comments:
Post a Comment